Perlis FM.

04 February 2010

Terdapat dua bahan yang digunakan bagi merawat Asma.
yang pertama ialah BELUT dan yang kedua BURUNG CIAK RUMAH.

Bagi penggunaan belut, caranya sebagaimana berikut;-

kaedah 1
1. dapatkan seekor belut(sebaik-baiknya belut liar)
2. pegang kepala belut tanpa mencederakannya
3. ambil beras (untuk sekali makan bubur) dan lurutkan pada badan belut tersebut.
4. beras tersebut dijemur hingga kering
5. kemudian di tumbuk halus dan dimasak sebagai bubur
6. beri orang yang menghidap asma makan bubur tersebut.
7. ulangi beberapa kali makan bubur sehingga sembuh.

kaedah 2
1. dapatkan seekor belut(sebaik-baiknya belut liar)
2. pegang kepala belut tanpa mencederakannya
3. ambil roti (sebarang roti sandwish) dan lurutkan pada badan belut tersebut.
4. roti tersebut boleh disapu dengan mentega atau jem (supaya anak2 kecil mudah makan)
5. bakarkan roti tersebut dan makan.
6. buat beberapa kali sehingga sembuh


Cara kedua pula sebagaimana berikut:-



1. dapatkan anak burung ciak rumah yang belum pandai terbang (tiada bulu lebih baik)
2. sembelihkan sebagaimana cara islam
3. anak burung tersebut dibuat sup di beri minum kepada pesakit asma.
4. jika ada bulu, sila buang semua bulu sebelum dibuat sup.
5. buat beberapa kali sehingga sembuh.

InsyaAllah dengan izinNya pesakit asma akan penuh sepenuhnya.Ameen.

doa sokongan yang boleh dibaca bersama dengan amalan ini ialah :-



P/S: petua diberi oleh Dr. Harun Din.(kuliah perubatan islam,16/2/09)

2 comments: