Perlis FM.

23 April 2010




Sinopsis

Kisahnya bermula dengan kematian Zack secara misteri. Kematian Zack benar-benar memeranjatkan 4 rakan karibnya iaitu Helmi, Saiful, Zizan dan Amir.

Mereka semua merupakan pelajar lepasan universiti dalam jurusan Kajian Sejarah. Selepas majlis tahlil arwah Zack, mereka berempat di kejutkan lagi dengan cerita dimana Zack menderita penyakit tersebut sejak setahun yang lepas selepas balik dari kampung Niyang Rapik.

Setelah diselidik, mereka berempat mendapati Zack telah mengambil sebuah kerambit lama dari kampung Niyang Rapik sewaktu mereka melakukan projek tahun akhir kajian peninggalan sejarah di sana.

Maka bermulalah pengembaraan mereka untuk memulangkan semula kerambit tersebut. Untuk ke Kampung Niyang Rapik mereka perlu melalui jalan air selama sehari suntuk memandangkan tiada jalan darat yang boleh sampai ke Niyang Rapik.

Dalam perjalanan mereka berbagai kejadian pula telah berlaku. Bermula dengan Zizan yang tiba-tiba merasa kepanasan yang teramat semasa tidur seperti ada orang yang cuba untuk santaukan Zizan.

Gangguan puaka rimba juga berlaku terhadap mereka berempat. Keadaan menjadi semakin menyeramkan untuk mereka berempat seperti ada sesuatu yang mengekori dan melihat mereka dari jauh.

Keesokannya mereka berempat meneruskan perjalanan sehingga tiba ke Kampung Niyang Rapik. Setibanya mereka di sana mereka di sambut oleh anak gadis Ketua Kampung iaitu Laila. Laila adalah anak Tok Neram, Penghulu yang banyak membantu mereka berlima semasa menjalankan kajian di Niyang Rapik dahulu.

Kehadiran Laila seakan misteri. Laila tak banyak bercakap dan dia cuma akan hadir apabila senja menjelang dan tidak akan kelihatan sewaktu siang.

Kerambit telah dipulangkan kepada bapa Laila. Tetapi gangguan ke atas mereka berempat semakin menjadi-jadi. Kali ini Helmi pula yang terkena. Matanya seperti terkena santau bisa buluh.

Helmi menggosokkan matanya dan apabila di buka mata Helmi amat terkejut sebab dia dapat meilhat benda yang ghaib termasuk hantu. Keadaan semakin huru-hara, anggapan mereka mengenai kerambit tersebut sebagai punca ternyata salah.

Rupanya ada sebab lain yang menyebabkan mereka diseksa sedemikian. Ada kesalahan besar yang telah salah seorang dari mereka berlima lakukan sewaktu berada di Kampung Niyang Rapik setahun yang lalu. Apakah kesalahan besar itu?

DOWNLOAD HERE.




Share on Facebook

No comments:

Post a Comment