Perlis FM.

20 August 2011

Dua beradik seludup senjata api : Perlis.

2 Beradik yang ditahan.




Dua beradik seludup senjata api

KANGAR: Serbuan ke atas sebuah rumah di Taman Perlis, dekat sini, kelmarin membongkar kegiatan penyeludupan senjata api apabila polis menemui ribuan peluru, beberapa pucuk pistol dan senapang patah serta menahan dua beradik yang disyaki menjadi dalang aktiviti haram itu.

Serbuan dilakukan sepasukan anggota polis Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri kira-kira jam 12 tengah hari.

Ketua Polis Negeri, Senior Asisten Komisioner Zul Aznam Haron berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menahan dua beradik lelaki berusia 35 dan 45 tahun di rumah berkenaan dan di sebuah kedai besi.

Menurutnya, penahanan mereka membawa kepada serbuan termasuk ke atas sebuah stor sebelum menemui senjata api, peluru dan bahan letupan yang disimpan di atas kabinet serta but kereta.

“Polis menemui empat pucuk pistol iaitu dua Revolver .38 dan masing-masing satu model Barreta serta Glock selain selaras senapang patah. - myMetro

2 comments: