Perlis FM.

23 August 2011

LATAR arah Utara


KL-Kuala Selangor Expressway Berhad, pemegang konsesi lebuhraya baru yang menelan belanja RM958 juta, LATAR Expressway kini dalam rangka mempromosi laluan lebuhraya itu sebagai laluan alternatif, terutama kepada mereka yang pulang ke arah Utara melalui jalan Pantai Barat.

Lebuhraya berkenaan merangkumi laluan sepanjang 33km dari Kuala Lumpur melalui Templer Park hingga ke Ijok, Kuala Selangor.

Di dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif KL-Kuala Selangor Expressway Sdn Bhd, Amran Amir berkata bahawa laluan terbaru itu adalah satu alternatif kepada pengguna. “Bagi mengelakkan terperangkap di dalam kesesakan, pengguna yang berkenaan boleh melalui lebuhraya LATAR, terutama kepada mereka yang ingin bandar-bandar Pantai Barat seperti Kuala Selangor, Sekinchan, Sabak Bernam, Tanjung Karang, Teluk Intan, Lumut dan Kuala Kurau,” jelas beliau. Laluan berkenaan dibuka secara percuma kepada pengguna sehingga 31 Ogos ini.

“Pengguna dari KL dan Petaling Jaya tentunya akan mendapati bahawa laluan ini memudahkan mereka sebagai sambungan laluan ke Utara. Kepada yang dari Pantai Barat dan ingin ke Pantai Timur juga, LATAR amat selesa untuk menyambungkan perjalanan mereka ke Lebuhraya KL-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur,” tambah beliau lagi.

Sekiranya pengguna mengalami apa-apa masalah ketika menggunakan LATAR, mereka boleh menghubungi LATAR Line (03 6145 1515) untuk mendapatkan maklum balas dan bantuan.

Lebuhraya terbaru ini mempunya empat titik pertukaran dengan lain-lain rangakaian lebuhraya termasuk ke Pantai Barat melalui KL dan Templer’s Park, Lebuhraya PLUS dan dari lebuhraya Koridor Guthrie. Antara bandar-bandar kediaman yang direntasi oleh laluan ini termasuk Kuala Selangor, Assam Jawa, Ijok, Bestari Jaya (Batang Berjuntai), Kota Puteri, Puncak Alam, Shah Alam, Bukit Jelutong, Sungai Buloh, Kundang, Rawang dan Selayang. – BH Auto, 22 Ogos 2011.


Sumber : http://www.bhauto.my/latar-arah-utara-percuma/

No comments:

Post a Comment