Perlis FM.

16 August 2011


Nama Tempatan: Cermai

Nama Saintifik: Phyllanthus acidus

Nama Lain: Malay gooseberry, otaheite gooseberry, Aamloki, Wild plum, Iba, Tahitian gooseberry, Otaheite gooseberry, Malay gooseberry, Tjerme, Tjareme, Jimbling, Country gooseberry, Manzana estrella, Groselha, Indian gooseberry, Cherme grosella. sinonim:Phyllanthus distichus, Cicca acida, Cicca disticha L.

Famili: Phyllanthaceae/Euphorbiaceae

Lokasi dijumpai: Tepi bendang kt Kampung.

Asal: Madagascar

keterangan:
Cermai merupakan satu-satunya tumbuhan dari keluarga Phyllanthaceae/Euphorbiaceae yang mempunyai buah yang boleh dimakan.Ia merupan tumbuhan dalam kategori pokok kecil yang ketinggiannya boleh mencapai sehingga 50 kaki tingginya.
Daun cermai berbentuk runcing dan tersusun secara berselang pada tangkai daunnya.Buahnya kecil, berwarna hajau muda dan boleh dimakan. Rasanya masam sekali dan biasanya ia dijadikan jeruk.Cermai boleh dibiakkan melalui biji benih, kaedah layering, tut dan keratan batang.

kegunaan:
Cermai biasanya dijadikan jeruk di Malaysia.Di tempat-tempat lain, cermai juga digunakan sebagai sos atau dijadikan halwa kering. Ia jarang dimakan mentah kerana rasanya yang amat masam. Di kampung-kampung di Malaysia cermai dimakan bersama petis dan kuah rojak.

No comments:

Post a Comment