Perlis FM.

20 September 2011



Spaghetti Sos Carbonara (sos putih)


Pasta (spaghetti/macaroni/fetuccini/spiral dll pun boleh) rebus dlm air hgga masak, kemudian toskan
500 ml susu segar dutch lady
1500ml air
1 ½ cawan tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
2 keping dada ayam (potong dadu)
1 labu bwg besar – potong dadu
2 ulas bwg putih
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu teh serbuk oregano
3 ketul kiub pati ayam
2-3 keping cheese
Garam secukup rasa
1 biji lada benggala/capsicum (kalau nk cantik ½ biji kaler kuning + ½ biji kaler merah)
3 btg saderi
1 tin cendawan butang (potong nipis)
200 gm isi udang (dikeringkan air terlebih dahulu dlm kuali tanpa minyak/air) utk tabur atas
Sedikit minyak utk menumis…

Cara-caranya :
Tumis bwg besar & bwg putih.
Masukkan air 1500ml, jerang hgga mendidih, kemudian masukkan isi dada ayam, kiub pati ayam
Kemudian masukkan susu segar 500ml kacau dgn api sederhana.
Masukkan tepung gandum, kacau selalu
Kemudian masukkan cendawan butang, serbuk oregano, serbuk lada hitam, lada benggala, btg saderi, cheese dan garam secukup rasa…
Kacau hgga pekat dan masak.
Kemudian tutup api.
Boleh dihidang bersama spaghetti dan tabur isi udang diatasnya...

~ SELAMAT MENCUBA ~ Resepi Dari Dapur Mama...

No comments:

Post a Comment