Perlis FM.

03 December 2012

Petua Melebatkan Rambut

Petua Melebatkan Rambut


Siapa yang tidak inginkan rambut tebal menawan.. Bagi yang berambut nipis mari cuba mengamalkan petua melebatkan rambut nipis ini. Petua rambut lebat ini menggunakan minyak zaitun, minyak zaitun bukan sahaja digunakan untuk memasak sahaja banyak lagi khasiat-khasiat yang ada pada minyak zaitun yang boleh dimanfatkan kepada kecantikan dan kesihatan.

Petua Melebatkan Rambut

Bahan-bahan

2 sudu besar minyak zaitun

2 sudu besar minyak bijan

2biji telur

2 sudu besar santan asli

2 sudu besar minyak kelapa

Cara

1. Kisar semua ramuan dengan alat pengisar kelajuan sederhana selama lebih kurang 30 saat, ramuan akan berbuih keran aterdapat telur.
2. Ketika mandi selepas membersihkan rambut dgn syampu, sapu rata ramuan tadi dan urutkan keseluruh kulit kepala.
3. Biarkan selama 5 minit sebelum membilas bersih sebaiknya mengguna air suam.

Petua melebatkan rambut ini bolehlah diamalkan setiap hari. Ramuan yang disediakan ini tahan selama lebih kurang 5 hari jika disimpan di dalam peti sejuk.

No comments:

Post a Comment