Perlis FM.

30 July 2015

Bayi Buta Akibat 'FLASH' Kamera.

 
CHINA: Kerana kealpaan seseorang, bayi ini menanggung akibat kerana buta mata kiri akibat daripada percikan 'flash' yang kuat semasa gambar 'close-up' diambil.

Jarak kamera terbabi dengan mata bayi adalah hanya 10 inci dan doktor mengesahkan bayi terbabit kerosakan mata yang tidak dapat diselamatkan.

Keluarga terbabit hanya menyedari keadaan bayi mereka selepas gambar diambil. 

Selanjutnya, bayi berusia 3 bulan ini buta mata kanan manakala mata kirinya mengalami penurunan dalam penglihatan.

Pakar berpendapat walaupun bayi akan menutup mata apabila terdedah dengan cahaya namun cahaya yang kuat mampu menyebabkan kerosakan kekal pada mata.

No comments:

Post a Comment